Tuesday, 31 January 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh, hari ini saya akan menceritakan pengalaman pertama saya seaktu mengenali internet. Umur saya ketika melayari internet buat pertama kalinya ialah pada umur 15 tahun. Hal ini kerana, saya tidak suka mengetahui hal-hal dunia dan isu-isu semasa pada ketika itu. Saya hanya lebih gemar bermain game, game, dan game berbanding melayari internet. Saya hanya melayari internet atas desakan kawan-kawan saya yang menyuruh saya untuk membuat akaun halaman muka buku ataupun lebih dikenali sebagai "Facebook" (fb).




Saya sememangnya jahil dalam penggunaan internet pada masa itu. Ketika saya berumur 16 tahun barulah saya tahu serba sedikit mengenai internet. Contohnya, ejen pencarian yang digunakan, memuat turun video ataupun lagu, mencari laman web ilmiah, dan sebagainya.

Contoh ejen pencarian.





Contoh laman untuk memuat turun video.

Contoh laman untuk memuat turun lagu.

Contoh laman web ilmiah.



Semakin hari,  pengalaman yang saya perolehi semakin banyak. Semua ini hasil daripada tunjuk ajar ibu bapa, kawan-kawan, guru-guru, dan tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah. Terima kasih untuk segalanya. Akhir kata, gunalah internet untuk kebaikan jauhi dari keburukan.



No comments:

Post a Comment